Sumbangan

 

al mukhtar center 4

Al Mukhtar Center (AMC) ditubuhkan pada Januari 2014 dan beroperasi sehingga hari ini hasil sumbangan ikhlas yang diberikan oleh individu-individu tertentu.

AMC mengendalikan majlis ilmu, kelas al Qur’an & Bahasa Arab secara percuma dan berbayar. Yuran yang ditetapkan adalah sangat rendah berbanding kualiti ilmu yang disampaikan.

Antara program / kelas percuma yang diadakan:

  • Kuliah Tafsir Al Qur’an
  • Klinik Bacaan Al Qur’an
  • Klinik Bahasa Arab
  • Majlis Tazkirah
  • Kelas Arab Online edisi khas
  • Kelas Bahasa Arab Online

Al Mukhtar Center (AMC) juga boleh digunakan oleh mana-mana pihak untuk menganjurkan majlis ilmu.

Kami mementingkan kualiti pembelajaran dan keselesaan peserta dalam menganjurkan program-program keagamaan. Seperti sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz, yuran yang dikenakan tidak mampu menanggung kos pengurusan Al Mukhtar Center (AMC).

Kami mengalu-alukan anda turut memberikan sumbangan untuk manfaat bersama. Sumbangan anda amat bernilai dalam memastikan ramai pihak mendapat manfaat ilmu menerusi program dan kelas ilmiah yang dianjurkan.

Program Bahasa Arab Online kami amat membantu masyarakat.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke akaun bank di bawah:

a) MAYBANK: Nama: AL MUKHTAR SERVICES   No. Acc: 5515 8405 4518   Emel: (almukhtarservices@gmail.com)

ATAU

b) CIMB BANK: Nama: AL MUKHTAR SERVICES   No. Acc: 860 149 7981   Emel (almukhtarservices@gmail.com)

maybank cimb

ATAU

Sumbangan atas nama: ABU HANIFA BIN ABU MUKHTAR untuk salah 1 akaun bank berikut:

  • Bank Islam: 02 020 02 011220 4
  • Bank Rakyat: 22 398 102123 3
  • Bank Mualamat: 0107 0006000 72 2
  • BSN: 01006 41 00010076 7

(almukhtarservices@gmail.com)

ATAU

Sumbangan menggunakan debit/kredit kad / paypal, KLIK DI SINI

kredit kad

Sumbangan anda (RM1/RM5/RM10/RM50/RM100/RM500/RM1000/RM3000/jumlah yang lain) akan memberikan manfaat kepada masyarakat. Sekiranya anda melakukan sumbangan secara online transfer, nyatakan atas nama SUMBANGAN MAJLIS ILMU.

Sekiranya tidak keberatan, maklumkan kepada kami selepas membuat sumbangan menerusi emel (almukhtarservices@gmail.com) atau SMS/WhatsApp (019-600 8840)

Harta yang ada di tangan kita sekarang ini belum tentu akan menjadi hak milik kita di akhirat nanti. Tapi harta yang disumbangkan ke jalan kebajikan pasti akan menjadi hak milik kekal kita sehingga ke hari akhirat.

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tidak ada lagi ruang untuk menambah pahala untuk bekalan akhirat setelah kita menghembuskan nafas terakhir melainkan 3 amalan. Salah satunya adalah sedakah jariah.

صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ

Dalam sebuah hadis dicerita:

Di akhirat nanti terdapat sekumpulan yang mati syahid bergegas nak masuk ke syurga. Lalu Allah tanya mereka apa yang menyebabkan mereka yakin bahawa mereka confirm ahli syurga.

Mereka menjawab guru kami yang ajarkan kami begitu. Lalu Allah memanggil guru mereka dan menyuruh guru tersebut masuk syurga terlebih dahulu.

Kemudian guru ini pun berkata, “Wahai Tuhanku, kalaulah bukan kerana seseorang yang telah menderma wang untuk aku belajar, mungkin aku tidak boleh memiliki ilmu dan mengajar orang lain.”

Lalu Allah memanggil individu yang telah memberikan sumbangan kepada orang alim tersebut dan menyuruh dia masuk syurga terlebih dahulu.

Masya Allah! Betapa besarnya ganjaran orang yang membantu mereka yang belajar ilmu agama sehingga akan masuk syurga terlebih dahulu mendahului orang alim dan golongan mati syahid.

 

Terima kasih atas sumbangan anda!

Abu-Hanifa-Abu-Mukhtar

Ustaz Abu Hanifa bin Abu Mukhtar

Guru Bahasa Arab Universiti Tun Hussein Onn Malaysia klik di sini

Admin Website